Friday, April 9, 2021

Buku Teks m/s 22 - Latihan Subjektif

Latihan Subjektif

 

1.      Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul.

a)      Motif tang terdapat pada Muskat ialah ragam hias awan larat dan bunga raya.

Hulu Keris Panjang berbentuk tapak kuda dengan motif buah tangkai jering.

b)      Gandik Diraja mempunyai motif awan larat dan boleh diceraikan menjadi loket dan kerongsang.

c)      Tengkolok Diraja negeri Terengganu dibuat daripada kain songket dengan solek ‘Belalai Gajah’.

d)      Keris Taming Sari merupakan keris Diraja Perak.

e)      Muskat ialah pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang diperbuat daripada bulu berwarna hitam.

 

2.      Jawab soalan-soalan berikut.

a)      Apakah perbezaan antara Keris Panjang Diraja dengan Keris Pendek Diraja?

 

Keris Panjang Diraja

Keris Pendek Diraja

Hulu dan sarung

Disalut dengan emas.

Dibuat daripada gading dan bertatahkan emas.

Sampir

Diukir lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 buah negeri Tanah Melayu.

Diterapkan dengan lambang Kerajaan Pesekutuan.

Bentuk kepala

Tapak kuda

‘Geroda’

 

 

b)      Mengapakah Payung Ubur-ubu Kuning dihasilkan menggunakan kain sutera berwarna kuning?

         kerana warna kuning dipandang mulia oleh orang Melayu dan menjadi lambang kebesaran raja-raja Melayu.

 

c)      Apakah fungsi dan peranan Pending Diraja?

Fungsi

Peranan

Sebagai pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sebagai pakaian Diraja yang merupakan simbol kebesaran.

 

d)      Nyatakan tiga persamaan antara Cogan Diraja dengan Cogan Agama.

         merupakn 1tongkat yang diperbuat daripada 2perak dan terdapat 3ukiran anak bulan dan bintang diperbuat daripada emas.

e)      Bincangkan lima ciri utama solek Tengkolok Diraja ‘Dendam Tak Sudah’.

Dendam Tak Sudah membawa maksud tersirat dan berkait rapat dengan kehidupan dan fitrah manusia. Secara simboliknya, dendam tidak semestinya bermaksud permusuhan, tetapi berkaitan perasaan seseorang seperti rindu dendam atau dendam semangat didalam perjuangan.

                                     i.  Lambaian Ibu/ Lambaian Kasih (bahagian paling atas pada destar): menggambarkan lambaian seorang ibu kepada anaknya yang keluar merantau dengan harapan anak itu akan kembali ke tanah asal.

                                   ii.   Takuk (bahagian bawah destar) : destar yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong mempunyai 5 lipatan takuk melambangkan 5 prinsip Rukun Islam. “Takuk juga melambangkan perjalanan hidup.

                                 iii.  Simpul Kasih (bahagian simpulan pada telinga) : ikatan perkahwinan

                                 iv.  Pucuk Kasih (bahagian menegak pada tepi destar): melambangkan kuasa seseorang raja

                                   v.   Gelembung Kasih (bahagian menggelembung di bawah Lambaian Ibu)  : bermaksud ikatan perkahwinan yang berakhir dengan seseorang isteri yang mengandung.

 

f)       Sejauh manakah pengetahuan tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja boleh dikaitkan dengan warisan budaya bangsa?

 

g)      Bagaimanakah institusi Diraja dapat menyatupadukan rakyat di negara ini?

Raja Melayu turut bersama rakyat berjuang mempertahankan negara dari penjajah Raja akan menjadi payung kepada perpaduan dan menjadi sumber ketaatan kepada seluruh rakyat seperti yang termaktub dalam perlembangan dan Rukun Negara.

Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik. Raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan merupakan lambang kuasa dan simbol perpaduan.

 

3.      Berdasarkan gambar foto 1 di bawah, jawab soalan-soalan berikut.

a)      Bincangkan ciri-ciri dan peranan perhiasan Diraja tesebut dalam konteks negara kita.

b)      Bagaimanakah Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual diaplikasikan dalam penghasilan perhiasan Diraja tersebut?

c)       Pada pendapat anda, mengapakah tengkolok mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia dalam institusi Diraja?

1 comment:

QUIZIZZ: PSV T4 - Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

PSV T4 - Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja (A) PSV T4 - Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja (B)